Belum pun pilihan raya, belum pun menang dan belum pun jadi kerajaan mereka sudah bergaduh sesama sendiri untuk menjadi calon pilihan raya. Ini petanda PKR-PAS adalah parti yang bukan berpakat. Mereka menipu rakyat dengan slogan pakatan.
Apa yang berlaku di Terengganu, PKR telah bergaduh dengan PAS kerana tamakkan kuasa, kerana gilakan kerusi PKR yang mahukan 11 kerusi DUN dan 3 parlimen di Terengganu menyebabkan PAS naik angin, tindakan itu dikecam oleh kepimpinan PAS termasuk Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi yang meminta agar PKR UKUR BAJU BADAN SENDIRI…
PKR tidak mahu mengalah, malah mereka turut ‘mencabar’ supaya PAS bertanding di semua kerusi DUN di Terengganu jika merasakan diri mereka kuat.
Pergaduhan dalam perebutan kerusi ini membuktikan kepada kita bahawa PAS dan PKR sebenarnya tiada kesepakatan walaupun mereka berada dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing merasakan parti mereka kuat.
Belum berkuasa sudah berebut kerusi lihatlah apa yang berlaku dikedah kini adalah sama apa yang berlaku di Terengganu bergaduh kerana tamak kuasa, jika berkuasa mungkin hancur negeri Terengganu.
Namun PAS usah risau kerana Mat Sabu telah berjaya mendapatkan beberapa kerusi untuk PAS tandingi, gambar di bawah sebagai bukti :
Lihatlah berapa banyak kerusi yang Mat Sabu berjaya dapatkan untuk PAS.
Kesimpulan yang boleh kita lihat adalah PAS dan PKR tidak pernah SEPAKAT walaupun mereka dalam PAKATAN RAKYAT! bukan agenda rakyat mereka perjuangkan tetapi HANYA KUASA mereka MAHUKAN!!! pengalaman TERENGGANU dikuasai kezaliman pemerintahan PAS sudah cukup buat rakyat sedar yang mana intan yang mana kaca!!!