PANAS! PKR & PAS BERGOLAK DEK EXCO AGAMA YANG KHUSYUK TENGOK MODEL SEKSI!

Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang dengan nada yang sungguh serius telah mengumumkan :

Maka, atas dasar semangat setiakawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, kami DPPN P.Pinang mencadangkan agar YB Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi YDP MAIPP ini dalam kadar segera dengan apa jua cara samada meletakkan jawatan atau menolak perlantikan tersebut, sementara menunggu perkenan YDPA untuk melantik YB Dato’ Ust Salleh Man sebagai YDP MAIPP menggantikan beliau. seterusnya

Rupa-rupanya, kenyataan PAS itu hanya sekadar desingan nyamuk yang tidak diendahkan oleh pemimpin PKR Pulau Pinang! Sangat memalukan!




Dimanakah pemimpin Pemuda PAS Pulau Pinang mahu sorok muka dan maruah mereka yang tercalar oleh Malik Kassim PKR?

Sila baca di bawah :

PULAU PINANG 20 April - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

"Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.

"Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UM.

p/s : Guan Eng DAP tak bengang ke Malik Kassim bagi statement kat Utusan Malaysia?
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.