Bila masuk musim cuti persekolahan, sudah pasti menjadi tanggungjawab ibubapa membawa anak anak mereka pergi bercuti, bersantai merehatkan minda dari beban aktivti persekolahan….
Tiba masanya untuk rehat seketika, “take a break” dengan cara pergi bercuti di tempat percutian yang boleh menggembirakan anak anak mereka disamping itu, hubungan kekeluargaan bertambah erat dengan menikmati percutian bersama yang tersayang!
Teringat kisah yang pernah disaksikan oleh seseorang yang akrab dengan Yb Azmin Ali…. Pernah diceritakan apabila Azmin membawa seluruh keluarganya pergi bercuti, destinasinya adalah luar negara [overseas vacation].
Malah penerbangan yang akan ditempah adalah tempat duduk istimewa dalam pesawat iaitu Business Class, termasuklah kedua dua Pembantu Rumah yang dibawa bersama..! Bertuah sungguh menjadi Pembantu Rumah kepada Azmin ini.., sangat bertuah..!!
Sekadar Mukadimah kisah Azmin Ali…, kisah lebih panaaass dibawah ini;
Azmin nampaknya tidak dapat menyembunyikan perasaan risau dan takutnya dengan gandingan baru yang muncul tiba-tiba dalam mengatur politik Sabah. Azmin memang sedar, sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, dia tidak mampu berbuat silap atau angan-angan untuk ke Putrajaya akan tinggal angan-angan.
Anwar memang banyak harapkan Azmin.., khususnya dalam mengatur pelan politik yang boleh menyebabkan Sabah menjadi medan baru sokongan dan pengaruh PKR.
Azmin sudah buat kerja lama. Tetapi gagal. Ini bukan benda baru. Kalangan rakan dalam PKR sendiri sedar, bahawa Azmin adalah antara punca wujudnya perpecahan besar di dalam PKR Sabah.
Kerana ingin memastikan undi dan kuasa, politik PKR Sabah ibarat segan mati tak mahu. Peruntukan jarang diterima. Kalaupun diberi kepada kepimpinan, kalangan ahli dan penggerak di bawah tidak merasainya. Banyak isu integriti dalam PKR Sabah.
Azmin naik angin apabila dimaklumkan bahawa Kadir Sheikh Fadzir turut membuat kerja sendiri tanpa ada arahan parti. Sebagai Pengarah Pilihanraya, Azmin tidak mahu ada pihak tertentu yang kacau daun dengan perancangannya. Jangan ada gangguan.
Sebab itu blog ini pernah mendedahkan, Azmin tidak gembira dan tidak gemar dengan kehadiran Kadir. Azmin tahu, Kadir ini adalah seorang pemain politik yang licik dan mungkin bergerak dari dalam bagi menjatuhkan PKR.
Paling mengerikan kepada Azmin adalah adanya penglibatan Tun Daim dalam ‘permainan politik’ Sabah. Azmin tidak takut dengan Tun Daim secara individu. Tetapi Azmin risau dengan ‘poket’ Daim yang boleh meruntuh banyak perkara dalam PKR.
Azmin tahu, ‘kuasa poket’ Tun Daim akan mengubah banyak perkara. Apatah lagi dengan sikap pemain politik PKR di Sabah yang gilakan duit. Semuanya berasaskan duit. Ada duit, ‘boleh bah’….!!
Tahap kebencian Azmin terhadap Kadir semakin meluap. Azmin sudah bisik kepada Anwar mengenai keadaan ini....
- Recent Posts
- Comments
Advertisement